Konsert Grand Tour: The Return (siri jelajah konsert)

20,000 tiket untuk konsert di Seoul telah habis dijual dalam masa 40 minit selepas dilancarkan pada 13 Februari,[4][5] yang berjumlah kasar 2 billion Won.[6][7] Semasa konsert Seoul, kumpulan itu tidak dapat menggunakan kesan khas kerana Persidangan Kemuncak Keselamatan Nuklear 2012 yang diadakan di Pusat Konvensyen & Pameran COEX di daerah Samseong-dong, Gangnam-gu yang telah mencapai persetujuan untuk mengharamkam sebarang bentuk letupan atau peledak termasuklah bunga api.[8]

Pada permulaan persembahan enkor lagu "Oh!" di konsert hari kedua, Shin Hye-sung telah terseliuh lutut kanan, dan telah bergegas ke bahagian kecemasan sebelum akhir konsert. Beliau telah melompat keatas pentas namun tidak mendarat dengan baik, menyebabkan ligamen di lututnya koyak dan tulang rawan & ligamen sekitar meniskus rosak teruk, memerlukan pembedahan dan enam bulan rehat. Shin sebelumnya pernah cedera di tempat sama dalam konsert pada 2001 dan telah menjalani pembedahan pada lutut kirinya namun ligamen pada lutut kanannya terus mengalami kerosakan. Bagaimanapun beliau telah menangguhkan pembedahan tetapi menggunakan kaedah rawatan lain sehingga akhir aktiviti promosi album kesepuluh, The Return.[9][10]

Konsert Shinhwa di Jepun menandakan konsert pertama mereka di sana dalam tempoh empat tahun. Konsert di Singapura pula menandakan konsert pertama mereka di sana dalam tempoh enam tahun dan diadakan di hadapan 5,000 penonton.[11]

Sebelum konsert di Guangzhou, Jun Jin telah menjalani pembedahan dekompresi saraf mikroskopik pada satu cakera lumbar dari penyakit belakang yang kronik. Keadaannya telah merosot walaupun telah menjalani rawatan sejak kemunculan semula mereka, menyebabkan beliau mendapatkan nasihat perubatan dan pembedahan lanjutan. Beliau telah disarankan untuk berehat dan menjalani terapi fizikal selama enam minggu, tetapi akan terus mengikuti jelajah konsert sehingga tamat.[12][13] Konsert di Guangzhou juga menandakan pertama kalinya dalam kerjaya mereka, mengadakan persembahan di kota tersebut yang dihadiri 8,000 penonton.[14] Jun Jin, masih belum pulih dari pembedahan, tidak mengambil bahagian dalam beberapa lagu yang melibatkan tarian dalam kedua-dua konsert di Guangzhou dan yang terakhir di Beijing.[15] Yang juga dihadiri oleh 8,000 penonton, serta sambutan awal untuk hari lahir Lee Min-woo pada 28 Julai.[16]

Rujukan

WikiPedia: Grand Tour: The Return (siri jelajah konsert) http://www.culture.sh.cn/english/product.asp?id=10... http://english.chosun.com/site/data/html_dir/2012/... http://koreajoongangdaily.joinsmsn.com/news/articl... http://koreajoongangdaily.joinsmsn.com/news/articl... http://koreajoongangdaily.joinsmsn.com/news/articl... http://koreajoongangdaily.joinsmsn.com/news/articl... http://koreajoongangdaily.joinsmsn.com/news/articl... http://www.koreaherald.com/view.php?ud=20120306000... http://enewsworld.mnet.com/enews/contents.asp?idx=... http://enewsworld.mnet.com/enews/contents.asp?idx=...